Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan penubuhan satu sistem secara atas talian (online) yang dikenali sebagai e-Reporting PDRM.
e-Reporting PDRM adalah platform kemudahan untuk orang awam melaporkan kes jenayah yang tidak memerlukan siasatan lanjut.
Kes yang dilaporkan melalui platform ini tidak memerlukan kehadiran pelapor di mana-mana balai polisl.
SISTEM INI TERHAD KEPADA:
- WARGANEGARA MALAYSIA
- BERUSIA 18 TAHUN DAN KE ATAS
- MEMPUNYAI PROFIL DALAM SISTEM DATA MAKLUMAT
JENIS ADUAN YANG BOLEH DILAPORKAN ADALAH:
- Hilang / Tercicir Kad Pengenalan
- Hilang / Tercicir Lesen Memandu
- Hilang / Tercicir Kad Kredit / ATM
- Hilang Telefon Bimbit
- Hilang Komputer Riba (Laptop)
- Hilang Cukai Jalan
- Pembantu Rumah Lari - Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja
- Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam
*Platform ini boleh diakses pada bila-bila masa dari mana-mana tempat yang mempunyai kebolehcapaian talian internet*
CARA BUAT LAPORAN DI E-REPORTING
- Layari Portal Rasmi Sistem
- Pendaftaran sebagai pengguna perlu dilakukan dahulu sekiranya membuat laporan buat kali pertama.
- Paparan seperti di bawah akan ditunjukkan apabila hendak mendaftar sebagai Pengguna Baru
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul. Seterusnya, klik butang Daftar Pengguna
- Selesai proses pendaftaran, skrin seperti di bawah akan terpapar dan boleh Log Masuk untuk mula membuat laporan
- Setelah Log Masuk, laporan kes jenayah boleh mula dilakukan
- Semak Butiran Pengadu
- Masukkan Butiran Kejadian
- Masukkan Keterangan Kejadian
- Hantar Butiran Repot tersebut ke e-Reporting PDRM
Selesai menghantar laporan yang dibuat, salinan repot boleh dicetak setelah menerimanya di e-mel yang telah didaftarkan.
Laporan yang telah disiapkan itu seterusnya boleh di bawa ke mana-mana agensi yang berkaitan.
PERINGATAN PENTING
Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574).
Memberi Maklumat Palsu
- Membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menggunakan Kemudahan Rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu
- Membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang masalah semasa menggunakan e-Reporting, hubungi talian berikut:
Helpdesk IT PDRM
E-mel : ereporting@rmp.gov.my
Begitulah cara-cara yang perlu dilakukan apabila hendak membuat laporan menggunakan portal rasmi e-Reporting PDRM ini. Semoga portal rasmi yang dibangunkan oleh pihak PDRM ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dalam kalangan masyarakat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.