Pihak kerajaan melalui perancangan Belanjawan Negara telah memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat yang dikenali sebagai RMR.
Inisiatif ini berada di bawah pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Objektif program ini adalah membantu rakyat yang:
- Berpendapatan isi rumah sehingga RM5000
- Tidak mempunyai rumah
- Tinggal di rumah yang usang TETAPI ;
- MEMPUNYAI TANAH SENDIRI
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 sehingga 65 tahun
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5000
- Keluasan tanah tidak kurang daripada ukuran yang ditetapkan iaitu 3000 kilometer per segi (kps)
- Pemohon beserta pasangannya tidak memiliki rumah sendiri / memiliki rumah usang yang tidak sempurna
- Tanah / tapak yang dicadangkan haruslah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan. Sekiranya tanah / tapak cadangan bukanlah hak milik pemohon, kebenaran daripada pihak tuan tanah yang asal perlulah didapatkan
- Kesemua permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
- Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
CARA MEMOHON
Pemohon perlu membuat pendaftaran baru di laman web rasmi Rumah Mesra Rakyat (RMR) seperti yang berikut:
Laman Web Rasmi: https://rmr.spnbonline.com.my/
Klik pada bahagian Pendaftaran Baru untuk memulakan permohonan. Isi maklumat yang diperlukan seperti gambar yang terdapat di bawah.
- Isi maklumat pendaftaran dengan betul dan lengkap
- Seterusnya pemohon akan menerima Login ID beserta kata laluan.
- Selepas itu, log masuk ke portal rasmi RMR menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang telah diberikan
- Setelah log masuk, pemohon akan diminta untuk melengkapkan permohonan dengan mengisi borang yang disediakan secara online
- Setelah segala maklumat lengkap diisi secara online, klik selesai pendaftaran dan seterusnya borang permohonan tersebut perlulah dicetak
Hantar borang permohonan yang telah dicetak itu ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
Pihak SPNB akan memberikan maklum balas dalam TEMPOH 3 BULAN UNTUK KELULUSAN yang diberikan dan tertakluk kepada peruntukan tahunan semasa.
SEKIRANYA LULUS PERMOHONAN
- Lengkapkan borang permohonan yang diterima
- Sediakan tapak cadangan pembinaan rumah beserta jalan masuk
- Sediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Melaksanakan penyambungan bekalan utiliti apabila rumah disiapkan
- Membuka akaun bank bagi tujuan pembayaran balik secara bulanan
Pembayaran RMR secara online boleh dirujuk melalui pautan di bawah:
Cara-cara Pembayaran RMR - Klik Di Sini
PILIHAN REKA BENTUK RMR
Pemohon yang telah mendapat kelulusan boleh memilih beberapa pilihan reka bentuk yang disediakan.
Tetapi, setiap pilihan itu adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan. Berikut adalah pilihan yang disediakan:
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung dengan:
Ibu Pejabat SPNB:
- No. Tel: 03-7849 2000
- E-mel: pr@sbnb.com.my
Atau menghadirkan diri ke mana-mana Pejabat Cawangan yang berdekatan.
- Waktu Operasi - Isnin hingga Jumaat (8.30 am - 5.30 pm)
PENAFIAN RASMI
Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.