Panduan Umum Apabila Pesara Kerajaan Meninggal Dunia

PENGENALAN

Pesara kerajaan adalah golongan yang telah berkhidmat sepenuhnya dalam sektor kerajaan dari tarikh mereka mula melapor diri sehinggalah hari akhir perkhidmatan.

Pihak kerajaan menyediakan satu manfaat untuk penjawat awam apabila mereka bersara iaitu insentif kewangan secara bulanan yang dikenali sebagai PENCEN.

Sebenarnya, terdapat beberapa aspek mengenai pencen yang umum masih tidak ketahui iaitu prosedur yang perlu dilaksanakan sekiranya pesara kerajaan yang tertentu meninggal dunia.

PANDUAN PELAKSANAAN PESARA KERAJAAN YANG MENINGGAL DUNIA

Berikut adalah proses yang perlu dilakukan oleh WARIS PESARA sekiranya kes pesara kerajaan meninggal berlaku:
  • Waris perlu menghadirkan diri ke kaunter perkhidmatan dalam bahagian pencen di pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Maklumkan pihak JPA akan status pesara yang telah meninggal dunia.
  • Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan oleh waris semasa menghadirkan diri di pejabat JPA.
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa
  1. Salinan sijil kematian pesara - 1 salinan
  2. Salinan sijil nikah - 1 salinan
  3. Salinan sijil cerai / rujuk - 1 salinan (sekiranya ada)
  4. Salinan kad pengenalan balu atau duda - 1 salinan (sekiranya ada)
  5. Salinan sijil beranak dan kad pengenalan untuk anak-anak pesara yang berumur 18 tahun dan kebawah - 1 salinan 
  6. Kad pesara
  7. Salinan borang permohonan pencen terbitan. Muat turun borang tersebut dengan KLIK DI SINI
  • Borang-borang tersebut perlu diserahkan sepenuhnya kepada pihak JPA apabila telah membuat makluman terbaru mengenai status pesara

Setelah melaksanakan langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas, pihak JPA akan seterusnya membuat pengurusan yang sepatutunya.

Pihak waris bolehlah menunggu perkembangan yang telah diuruskan dengan baik oleh pihak JPA.

Sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung dengan:

No. Telefon JPA: +603 8000 8000
E-mel : komunikasi@jpa.gov.my

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.