Kini, pihak TNB telah mewujudkan satu inisiatif yang mudah untuk semua pengguna membuat semakan ataupun membayar bil hanya dengan secara atas talian (online) iaitu myTNB.
APLIKASI MYTNB DI SMARTPHONE
Aplikasi myTNB adalah satu aplikasi yang dibina oleh TNB di mana fungsi utamanya pengguna boleh:
- Bayar Bil secara atas talian (Online)
- Semakan Bil secara atas talian (Online)
Aplikasi ini boleh didapatkan di Google Playstore (Android) ataupun Apple Store (iOS).
myTNB di Google Playstore
myTNB di AppStore
SEMAK DAN BAYAR BIL MENGGUNAKAN APPS DI SMARTPHONE
- Penggunaan kali pertama, daftar dahulu sebagai pengguna dengan klik REGISTER
- Isi maklumat yang diperlukan seperti gambar di bawah:
- Tekan butang REGISTER
- Selepas itu, nombor PIN akan diterima melalui nombor telefon yang didaftarkan
- Isikan Nombor PIN tersebut di ruang yang dikehendaki seperti gambar di bawah untuk pengesahan:
- Selepas itu, akaun TNB bolehlah didaftarkan bagi membolehkan semakan atau pembayaran secara atas talian (online) dibuat.
TAMBAH AKAUN DALAM APPS MYTNB
- Akaun yang pernah didaftarkan secara automatik akan muncul dalam senarai seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
- Sekiranya ingin menambah akaun yang baru, tekan pada bahagian Add Another Account seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
- Akaun yang telah berjaya didaftarkan akan menunjukkan paparan seperti skrin di bawah:
- Setiap maklumat yang berkaitan dengan akaun yang telah didaftarkan akan ditunjukkan seperti paparan skrin di bawah.
- Mengikut akaun berdaftar yang dipilih, SEMAKAN BIL boleh dilihat secara lengkap seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
- Selain itu, MEMBAYAR BIL TNB SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) juga boleh dilaksanakan seperti gambar yang terdapat di bawah:
- Pembayaran boleh dilakukan dengan cara kad kredti / debit ataupun secara FPX Online Banking.
Dengan ini, dapat dilihat Apps myTNB sangat bermanfaat kepada setiap pengguna dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan penggunaan TNB.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan talian berikut:
No. Tel. : 1-300-88-5454
E-mel : tnbcareline@tnb.com.my
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.