Semakan Status & Tarikh Penting Sumbangan Tunai Rahmah 2025


PENGENALAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif pihak kerajaan MADANI yang diwujudkan sebagai satu wadah untuk memberikan bantuan kepada rakyat.
Bantuan ini dulunya dikenali sebagai BSH, BPR dan BKM.

TARIKH PENTING STR 2025
Selain itu, bantuan ini juga akan diberikan secara berperingkat di mana pada tahun 2025 terbahagi kepada 4 FASA iaitu:
  • FASA 1 : 22 JANUARI 2025
  • FASA 2 : 24 MAC 2025
  • FASA 3 : 3 OGOS 2025
  • FASA 4 : 4 NOVEMBER 2025
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS STR 2025
Sekiranya ada yang belum membuat semakan, berikut adalah cara untuk anda membuat semakan status:
  • Pertama sekali, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah melalui pautan di bawah:
  • Pada laman web rasmi STR ini, klik pada bahagian log masuk untuk masukkan maklumat nombor kad pengenalan seperti gambar di bawah.
  • Setelah log masuk, paparan menu utama profil pemohon mengikut nombor kad pengenalan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
  • Untuk membuat semakan status permohonan anda, klik pada bahagian SEMAKAN PERMOHONAN seperti yang boleh dilihat dalam gambar di bawah.
Status terkini permohonan ataupun profil anda akan dipaparkan mengikut yang sepatutnya. 

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi secara terus:
  • Laman Web Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang) atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM atau
  • Menghadirkan diri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
PENAFIAN RASMI
Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.