Cara Daftar mySIKAP JPJ Yang Pelbagai Manfaat

Maklumat Asas

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan satu sistem atas talian yang dikenali sebagai mySikap JPJ sebagai sambutan terhadap perkembangan teknologi yang kian meningkat dari masa ke masa.

Portal rasmi JPJ ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh berbagai-bagai pihak yang terlibat dalam hal ehwal pengurusan JPJ seperti pemilik kenderaan individu, syarikat dan sebagainya. Antara faedah yang boleh diaplikasikan secara langsung melalui mySikap JPJ ini adalah pembaharuan lesen memandu secara online.

Pada masa yang sama juga, portal rasmi ini turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan selain pembaharuan lesen memandu di mana ianya boleh dikategorikan seperti yang berikut:

Pengurusan Kenderaan
  • Melihat status terkini kenderaan
  • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
  • Memohon atau membatalkan kenderaan dimiliki pada tempoh tertentu
  • Pindah hak milik kenderaan secara sukarela
  • Pembatalkan pendaftaran kenderaan untuk dipindahkan ke negara lain
  • Mengemaskini atau memohon perolehan pek maklumat kenderaan

Pengurusan Lesen Memandu
  • Pembaharuan tempoh lesen memandu
  • Permohonan permit memandu antarabangsa
  • Buat rayuan bagi yang telah tamat tempoh lesen memandu
  • Penukaran pemilikan lesen dari asing / tentera / polis kepada memandu Malaysia
  • Mengemaskini alamat lesen memandu
  • Penambahan kelas lesen memandu
  • Perolehan / Permintaan maklumat lesen memandu penuh

Pengurusan Profil Diri
  • Mengemaskini / mengubah maklumat profil diri yang telah didaftarkan
  • Mengubah kata laluan profil diri

Penalti dan Kesalahan
  • Semakan saman / notis / penalti kenderaan yang dimiliki
  • Pembayaran atas talian saman / notis / penalti yang dikenakan
  • Semakan status kenderaan (Dirampas atai Disenarai hitam)
  • Semakan tempoh penggantungan lesen
  • Semakan mata KEJARA

Perkhidmatan Lain
  • Permohonan kemalangan dan kelulusan membaiki
  • Membuat rayuan sekiranya gagal dalam pemeriksaan oleh Puspakom
  • Permohonan pendaftaran kereta klasik / vintaj

Syarat-syarat Asas Pendaftaran Pengguna mySikap JPJ

Terdapat syarat-syarat utama yang perlu dipatuhi apabila hendak membuat pendaftaran pengguna dalam portal rasmi mySikap JPJ iaitu:
  • Orang awam yang mempunyai:
    • MyKad (Warganegara Malaysia)
    • MyPR (Penduduk Tetap Malaysia)
    • Paspot (Warga Asing)
    • Nombor Pendaftaran yang Diiktiraf (Agensi Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan & Kerajaan sama ada Tempatan ataupun Asing)
  • Pemegang MyKad, MyPR dan Paspot haruslah mereka yang berusia 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan JPJ
    • Contoh transaksi yang dimaksudkan adalah: Saman atau notis, lesen memandu yang sah, rekod kenderaan yang sah dan lain-lain yang berkaitan
  • Agensi perniagaan, syarikat, pertubuhan & kerajaan sama ada sektor awam ataupun asing perlu mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran

Pendaftaran Profil Diri di mySikap JPJ terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:
  • PERSENDIRIAN
  • SYARIKAT

Artikel ini akan berkongsi cara-cara mendaftar sebagai Pengguna Persendirian di mySikap JPJ.

Daftar Pengguna Persendirian

Pengguna Persendirian dalam mySikap JPJ adalah:
  • Terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID
  • Nombor rujukan untuk pendaftaran di mySikap JPJ akan dijana dan diserahkan kepada pengguna
  • ID yang didaftarkan dikenali sebagai eID Awam

Untuk makluman, eID Awam terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  • eID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar terus secara online)
  • eID Advanced (perlu menggunakan cap jari di kaunter)

Perbezaan antara eID Standard dan eID Advanced adalah seperti yang berikut:

eID Standard
  • Memperbaharui lesen online
  • Memperbaharui roadtax online
  • Membeli nombor running semasa
eID Advance
  • Memperbaharui lesen online
  • Memperbaharui roadtax online
  • Membeli nombor running semasa
  • Salinan roadtax
  • Tukar nama pemilik kenderaan
  • Tukar nama pembeli kenderaan
  • Pembelian maklumat kenderaan
Setelah mengetahui secara umum berkenaan dengan Pengguna mySikap JPJ secara Persendirian, berikut adalah cara-cara mendaftar:

Cara Mendaftar Kali Pertama mySikap JPJ (Persendirian)
  • Layari portal rasmi mySikap JPJ melalui pautan yang tertera di bawah:
  • Skrin berikut akan dipaparkan
  • Klik pada pautan Log Masuk di bahagian Log Masuk Kali Pertama
  • Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  • Seterusnya, klik butang Teruskan
  • Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
  • Kemaskini maklumat yang tertera di atas seperti Alamat E-mel, Telefon Bimbit dan Telefon Rumah
*Pengguna hanya boleh mengemaskini alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan rumah
  • Selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik butang Teruskan dan Skrin Pengesahan akan terpapar seperti gambar di bawah
  • Klik butang Ya sekiranya anda pasti dengan maklumat yang telah diisi.
  • Setelah itu, skrin mengatakan Pendaftaran Anda Telah Berjaya akan dipaparkan seperti di bawah
  • Klik butang Tutup.
  • Skrin seperti berikut akan dipaparkan
  • Skrin di atas menunjukkan bahawa pendaftaran persendirian telah berjaya. 
  • ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan.
  • Contoh e-mel yang akan diterima adalah seperti gambar di bawah
  • E-mel yang diterima seperti di atas menunjukkan proses pendaftaran pengguna individu persendirian telah berjaya
  • Kata Laluan Sementara boleh diubah melalui pelaksanaan Login Kali Pertama

Untuk makluman, skrin berikut akan terpapar sekiranya anda telah mengaktifkan akaun menggunakan nombor rujukan yang diterima
Login Kali Pertama Pengguna Persendirian
  • Layari portal rasmi mySikap JPJ melalui pautan yang tertera di bawah:
  • Skrin Utama akan terpapar seperti gambar di bawah
  • Isi ID Pengguna, Kod Sekuriti dan Kata Laluan Sementera yang diterima dalam e-mel pengesahan pendaftaran
  • Klik butang Log Masuk
  • Seterusnya, masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk menetapkan kata laluan yang dikehendaki
  • Pilih Soalan Sekuriti mengikut keperluan utama
  • Isi semua jawapan yang diperlukan dalam soalan sekuriti yang dipilih
  • Selepas itu, klik butang Simpan

Proses pendaftaran kali pertama dan log masuk kali pertama bagi tujuan mengubah kata laluan sementara kepada kata laluan yang dikehendaki selesai.

Pengguna Persendirian seterusnya boleh mula membuat apa-apa jenis urusan yang diperlukan dan tersedia dalam portal mySikap JPJ.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.