Negara Malaysia sangat menekankan kesahihan dokumen yang berkaitan dengan urusan kewarganegaraan seseorang rakyat.
Salah satu dokumen yang sangat penting dalam negara ini adalah SURAT LAHIR.
SURAT LAHIR sangatlah penting bagi seseorang individu di negara ini kerana pengurusan dari mulanya awal hidup persekolahan sehinggalah ke alam pekerjaan adalah bergantung dengan kesahihan dokumen ini.
Sebagai contoh adalah urusan persekolahan, permohonan sesuatu biasiswa ataupun bantuan, pembuktian kewarganegaraan dalam apa-apa urusan kerajaan, permohonan untuk berkahwin, membuat kad pengenalan dan sebagainya.
Justeru, kesahihan dan ketulenan surat lahir perlu dijaga dengan sebaiknya. Rentetan itu, sekiranya ada masalah yang dihadapi berkaitan dengan surat lahir seperti:
- HILANG
- KOYAK
- LUSUH
Berikut dikongsikan bagaimana cara-cara yang boleh dilakukan untuk memperbaharui surat lahir yang telah lama, rosak dan lusuh.
Cara-cara Perbaharui Surat Lahir:
Syarat Utama
- Pemilik Sijil Lahir mempunyai Kad Pengenalan / Passport
- Waris yang memohon adalah mereka yang terdekat
Bayaran / Caj Pembaharuan
- Caj yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah RM5.00
Dokumen Penting yang Perlu Disediakan
- Kad Pengenalan beserta satu (1) salinan
- Surat Lahir yang asal
Sekiranya wakil yang memohon, mereka perlu menyediakan:
- Surat Lahir asal beserta satu (1) salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan
Proses Permohonan
- Hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran
- Dapatkan nombor giliran mengikut kategori yang bersesuaian di kaunter
- Maklumkan kepada Pegawai bertugas tujuan kedatangan adalah untuk memperbaharui surat lahir
- Pegawai berkenaan seterusnya akan membantu dan proses pembayaran caj akan dikenakan
Pastikan segala dokumen penting yang diperlukan dibawa bersama ke pejabat JPN.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pejabat JPN yang berhampiran atau layari secara terus portal rasmi JPN iaitu:
Semoga segala urusan anda dipermudahkan.