Satu Ciri-ciri Whatsapp Yang Sangat Mudahkan Pengguna!

Aplikasi Whatsapp adalah satu platform yang kini digunakan oleh semua pengguna telefon pintar di seluruh dunia.

Developer Whatsapp telah menambah satu ciri-ciri terbaru di mana yang amat memudahkan pengguna. Ramai pengguna mungkin terlepas pandang akan perubahan yang telah dikemaskini.
Update yang terbaru dalam aplikasi ini adalah:
  • PENGGUNA BOLEH MENGHANTAR MESEJ KE NOMBOR TEL. YANG BELUM DI SAVE DALAM TELEFON
Dalam erti kata yang lain, pengguna kini secara terus dapat:

"Menghantar mesej tanpa perlu menyimpan nombor telefon dalam senarai kenalan." 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ciri terbaru ini tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga pun kerana ianya sudah terpasang sepenuhnya dalam update yang baharu.

Berikut cara untuk semak sekiranya Whatsapp anda sudah mempunyai ciri tersebut:

Pengguna Android & iOS
  • Buka aplikasi Whatsapp
  • Klik pada ikon 'New Chat' seperti yang tertera dalam gambar di bawah
  • Di bahagian bar carian, Masukkan Nombor Telefon yang hendak dihantarkan mesej.
  • Seterusnya, anda akan dapat memulakan perbualan dengan klik pada Chat di sebelah nombor telefon tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya aplikasi Whatsapp di telefon pintar anda tidak mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan, pastikan anda telah mengemaskini / update Whatsapp anda di platform masing-masing.

Selamat mencuba.

PENAFIAN RASMI

Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.