Bantuan Dalam MyKad Sehingga RM900 Tahun 2025

PENGENALAN

Maklumat yang dikongsikan untuk makluman satu negara adalah terdapat 4.7 juta golongan isi rumah layak mendapatkan bantuan tambahan yang proses penerimaanya adalah kredit secara terus melalui Kad Pengenalan (MyKad).

Pemberian bantuan ini dikatakan berjumlah sehingga RM 900 bagi tahun 2025 ini. Bantuan yang diberikan adalah secara berperingkat pada setiap bulan mengikut tarikh yang disenaraikan di bawah:

  1. 01/04/2025 (Selasa) - RM 100
  2. 01/05/2025 (Khamis) - RM 100
  3. 01/06/2025 (Ahad) - RM 100
  4. 01/07/2025 (Selasa) - RM 100
  5. 01/08/2025 (Jumaat) - RM 100
  6. 01/09/2025 (Isnin) - RM 100
  7. 01/10/2025 (Rabu) - RM 100
  8. 01/11/2025 (Sabtu) - RM 100
  9. 01/12/2025 (Isnin) - RM 100
Keseluruhannya adalah RM 900 sehingga 31/12/2025.

Oleh yang demikian, adakah anda LAYAK untuk menerima bantuan ini? Berikut adalah panduan dan cara membuat semakan.

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Semakan kelayakan menerima bantuan ini adalah melalui laman portal rasmi MYKASIH.

  • Layari laman web rasmi MyKasih melalui pautan yang berikut: MYKASIH.COM.MY

  • Seterusnya, klik di bahagian SEMAK KELAYAKAN seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
  • Selepas itu, masukkan nombor MyKad anda di dalam ruang yang disediakan seperti gambar di bawah.
  • Klik pada SEMAKAN STATUS untuk mengetahui sekiranya anda layak mendapatkan bantuan tersebut.
  • Jawapan seperti LAYAK atau TIADA REKOD DITEMUI akan dipaparkan.
Oleh itu, anda bolehlah membuat semakan sekiranya layak mendapatkan bantuan ini. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.

PENAFIAN

Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.