Cara Mudah Tukar Simpanan KWSP Konvensional ke Shariah

PENGENALAN

Simpanan Shariah telah diumumkan sebagai salah satu kaedah menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh pihak KWSP dan pendaftaran boleh dilaksanakan semula pada 8 Ogos 2016.

Mengapakah Simpanan Shariah?

Kaedah simpanan ini adalah satu mod penyimpanan yang pengurusannya dilaksanakan mengikut prinsip syariah. Rentetan itu, secara langsungnya semua ahli KWSP yang beragama Islam akan yakin dan mengetahui dengan sebaiknya pengurusan simpanan mereka adalah berlandaskan peraturan yang ditetapkan dalam agama iaitu:

  1. Simpanan diuruskan berdasarkan Akad Wakalah
  2. Simpanan ini diperakukan oleh pihak Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  3. Kadar dividen yang diisytiharkan adalah mengikut prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah

Simpanan Shariah ini terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan juga kewarganegaraan. Tambahan itu, Ahli KWSP yang telah menukar ke Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya setelah tarikh kuat kuasa kelulusan diberikan.

Cara-cara Pendaftaran Simpanan KWSP Konvensional ke Shariah

Berikut adalah cara-cara Mendaftar Simpanan Konvensional ke Shariah Akaun Simpanan KWSP iaitu secara atas talian (Online):

  • Log masuk ID anda ke laman web rasmi I-Akaun KWSP seperti yang tertera di bawah:
    • https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login

Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar (Smartphone), aplikasi I-Akaun KWSP boleh didapatkan di Google Playstore ataupun Apple Store.

  • Setelah log masuk, akses pilihan Simpana Shariah di bahagian menu laman utama seperti yang tertera di bawah:
  • Seterusnya, pilih tukar status akaun simpanan anda daripada KONVENSIONAL kepada SHARIAH
  • Permohonan anda secara langsungnya akan diteruskan untuk proses penukaran seperti yang tertera dalam gambar di bawah:

  • Proses permohonan ini biasanya akan selesai diluluskan dalam masa beberapa hari. 
  • Makluman kelulusan permohonan biasanya akan disampaikan kepada anda melalui perhubungan secara atas talian (mesej & e-mail).
Semoga dipermudahkan segala urusan anda.