Cara Semak Tarikh & Keputusan Ujian Memandu Secara Online Menggunakan mySIKAP JPJ

Maklumat Asas

mySIKAP JPJ adalah satu platform yang bersifat satu kemudahan kepada semua rakyat. Hal ini kerana melalui platform ini, semakan untuk tarikh dan keputusan ujian memandu dapat dilakukan hanya dengan secara online.

Lantaran itu, berikut adalah perkongsian yang boleh diaplikasikan dalam penggunaan portal mySIKAP JPJ secara online:
  • Semak Tarikh Ujian Memandu JPJ
  • Semak Keputusan Ujian Memandu JPJ
Penggunaan mySIKAP JPJ memerlukan akaun peribadi masing-masing. Sekiranya anda belum mempunyai akaun di portal tersebut, rujuk maklumat di bawah untuk:


Semakan Tarikh Ujian Memandu
  • Layari portal mySIKAP JPJ melalui pautan yang tertera di bawah:
  • Log masuk akaun anda di portal tersebut.
  • Selepas itu, pada halaman utama klik pautan Cabutan Maklumat Lesen Memandu seperti yang boleh dilihat dalam paparan di bawah:
Paparan Utama
  • Pilih Tarikh Ujian Memandu melalui skrin Utama
  • Paparan maklumat Tarikh Ujian Memandu akan ditunjukkan seperti di bawah.

Semakan Keputusan Ujian Memandu
  • Layari portal mySIKAP JPJ melalui pautan yang tertera di bawah:
  • Selepas itu, pada halaman utama klik pautan Cabutan Maklumat Lesen Memandu seperti yang boleh dilihat dalam paparan di bawah:
  • Pilih Semak Keputusan Ujian Memandu melalui skrin Utama
  • Paparan maklumat Keputusan Ujian Memandu akan ditunjukkan seperti di bawah.
Begitulah cara-cara yang boleh dilakukan apabila hendak membuat semakan tarikh dan keputusan ujian memandu melalui mySIKAP JPJ.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

👉Telegram Rasmi👈

Sumber: Hello Kerja